Selamat Hari Jumaat/Sabtu...!!!
Seperti biasa...saya memblogging atas dasar tiada apa yang ingin dilakukan..*sebenarnya boleh tido sebab sngt mengantuk*
Akan tetapi saya nak cerita..bahawa saya baru saja pulang dari menonton wayang. *tadaa~*
Pada awalnya sangatlah excited sebab nak pergi tengok Alice In Wonderland...Kenapa saya mesti excited? Saya juga tidak tahu. BUT. Sesuatu kejadian yang horror telah berlaku dimana tiket untuk movie tersebut telah tinggal sikit. Walaupun lagi 1 jam baru cerita tu akn ditayangkan.*tak la gempak mana pun hal ni*. Bukan la tak ada seat lagi. tapi yang tinggal hanyalah seat baris depan dimana sesiapa yang duduk di situ akn mengalami masalah tengkuk yang kritikal sejurus selepas tamatnya movie. Dan seterusnya kena buat appointment dengan Nyonya Ungku Mohsin *beliau merupakan seorang nyonya yang berbakat dalam hal urut ni. Sekejap je dia buat.tak sampai 3 minit pun. Tapi 3 minit tu kena tahan la sakit. Adik saya pernah nangis*.
Apa2 pun..nak dijadikan cerita...kami, Team Tengok Wayang malam ni *ceh.mcm team CSI* yang terdiri daripada saya sendiri (Sarah Safri), blogger addict (Nana), internet addict (Rehan Rahayatul), si arnab pervert (Lyn Adirah), boyfriend arnab pervert (Hakim) dan si supir 5 kg (Adnin) telah terpaksa menonton cerita V3 Samseng Jalanan. Comment tentang cerita itu :
Boleh tahan.. tapi kenapa ending dia macam tu. Dia habis secara tiba2..macam sangat tak sabar nak habiskan cerita. Umpama macam kita tengah bercakap dengan kawan kita kat telefon, pastu ada kawan kita datang rumah, kita nak bukak pintu tapi kawan kita tengah cerita hal yang sangat penting, jadi kita cakap kat kawan kita "Eh Susi *siapakah Susi?*, aku ada hal sikit ni..Aku nak terberak sangat ni. Lagi pun bawang kat dapur tu dah habis. Mak aku nak goreng keropok tak boleh. nanti kita borak lagi. Ok? Bye." Kenyataannya adalah mana ada orang guna bawang bila nak goreng keropok. Juga tak payah la cakap nak berak la. Tapi sebab nak cakap apa saja supaya boleh tamatkan cerita dalam masa terdekat. Itu yang dilakukan. but overall. Ceritanya kelakar. Tapi kami ada masalah dengan ending cerita ni. Huh.
Okay sekian. Harap maklum.
Owh ya. pastu kami pergi mcD. dan balik.
Moral of the story: Jangan merempit. Sila jadi luar biasa. Jangan selalu tumpahkan air. Ingat orang yang tersayang.
Saturday, March 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment