Wednesday, March 3, 2010

Petang Yang Dahsyat

Ini jam 4.23 petang...baru je balik dari kampus. Tadi pergi library Sha dan Muz yang hantar. Kenapa saya tidak memandu kereta sendiri? Ini kerana saya nak jimat petrol serta nak meyelamatkan alam sekitar *ceh..sebenarnya malas nak cari parking. Dah la tengah hari tadi beli nasi bungkus menggunakan polisterin.Porah sarah~* Walaubagaimanapun, berbalik kepada hal tadi, Muz dan Sha berjanji nak pergi lab selama 30 minit je. Jadi nanti diorang akan datang balik untuk mengambil diriku ini cepat2..HUh. Rupa-rupanya mereka muncul 50 minit kemudian *Sha dengan kaki cedera yang dia kata "Sarah, kaki aku hempap konkrit"..* Adakah ini bermaksud konkrit itu tercedera akibat diempap oleh kaki Sha...*saya telah mengabaikan statement tadi* dan berkata "Ok." *ye..saya memang berjiwa sensitip*.

Moral of the story untuk post kali ini adalah jangan post apa-apa diwaktu petang yang membosankan...Sebab ia akan menghasilkan satu post yang juga membosankan dan tidak memberangsangkan seperti ini. Okey.. Sekarang saya dah dapat idea nak iaitu nak main game detektif *sbnrnya adalah alternatif sebab tak dapat jadi ahli CSI Miami*.

Situasi rumah sebelum log out: Lyn sedang membaca novel yang rupanya seperti tesis. Nana sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk tido. Muz: tengah cuba memaksa sesiapa saja yang berminat untuk melipat baju2 yang dia baru angkat dari ampaian *setakat ini.tak berjaya pun lagi*. Sha tengah baring mengenangkan kakinya yang cedera. Ain tengah tido semenjak kul 2 lagi tadi. Fatah: unknown.Ini kerana beliau sedang buat experiment kat lab. Yan: berada dilaptop saya melakukan sesuatu yang saya tak tahu apa. Si Jelita (saya) : sedang menaip dilaptop Lyn.

Okey. Sekian Terima kasih.

1 comment: