Friday, March 19, 2010

Birthday Secara Pukal =P

Pada hari semalam iaitu pada 17 March 2010, kami (my housemates and I) telah pergi ke Johor Bahru untuk celebrate birthday kami semua~ =]] Tidak. Kami bukan kembar semuanya. Akan tetapi, ini mungkin merupakan tahun terakhir kami boleh celebrate birthday kami sama2, so kita combine kan..dan celebrate secara pukal la... (mungkin kamu semua berfikir " ada ke patut? itu sangat kiasu dan kedekut.isk")


Celebration kami berlaku seperti berikut:







Makan cendol Taman Suria (yang tepi Giant and surau).

Setelah mengisi diri kami dengan beribu2 kalori santan dan gula serta ais *yummy*, kami solat di surau tersebut yang comel dan ada pentas. *hey.boleh buat acara rupa2nya*


Seterusnya: Bowling and Archery di Danga City Mall.

Kami bermain bowling seperti yang ada dalam tentatif program *what tentative programe?*.
Setelah mengenalpasti bahawa kami semua bukanlah Shali Zulkifli seperti yang kami sangka selama ini. Kami sesal dan meneruskan hidup kami dengan ingin ke Danga Bay.
Lalu kami keluar dari tempat bowling dan menuju ke lif dan nak tekan butang. But WAIT a minute...*semua freeze dan terpegun jap* Apakah?
Kami tiba2 terasa bahawa kami perlu membawa drama kedalam pusat archery yang ada dekat depat tpt bowling itu. Why not? Tak pernah try kan..jadi semua macam teruja nak bermain archery. Semua orang berfikir mereka adalah Robin Hood ke apa ke..sebab semua start buat muka poyo masa bermain archery walaupun hanya ada beberapa arrow saja yang HAMPIR..saya ulangi HAMPIR kena pada target. Haha. So, setelah menyedari kami adalh bukan Robin Hood. atau jiran Robin Hood, kami betul2 turun lif yang horror itu dan menaiki kereta menuju ke destinasi seterusnya iaitu:





Danga BAy.

Disini kami beli kek, tengok orang main layang2, jalan2 kat bazar sambil amik gambar yang berpura2 tengah beli barang, pegi kedai tudung, pergi tandas serta sempat menipu 3 orang jejaka yang bertanya soalan pada kami dimana kami yang tidak mahu diganggu, terus menjawab "tak tahu" dan "tak tahu" lagi sekali smpai la mereka beredar. Dan kami pun beredar.





Chicken Chop di Hutan Bandar.

Ini merupakan tempat dimana kami meminum air buah serta makan dengan banyaknya sampai rasa macam bloating ke apa ke pun ada. Untuk pengetahuan umum, chicken chop disini dan fish and chipsnya adalah sangat sedap. Harganya cuma RM5 saja. Seriously. Betul. Tak tipu. Jadi sila datang. Selamat Datang *dah ucapkan awal2*. Setelah berasa kami tak sepatutnya makan macam tu sekali *dh terlewat utk berfikir begitu.huh*, kami pun beredar.




Next stop: Sungai Seget a.k.a Bazar J.B

Ianya terletak dikawasan Jalan Dobi, Bangunan Mara dan OCBC Bank. Tempatnya memang best untuk mereka2 yang suka jalan2 and look around for stuff. Saya paling suka tengok barang2 2nd hand. Handbags, shoes, shirts dan mcm2 lagi la.. Siapa ada uncle tu jual kuali yang dh berlubang bawahnya. (what?? tp ia mmg benar. mmg ada). Tempat tersebut sesuai untuk jalan2 dan lihat suasana malam. Ada banyak gerai makan, dan juga ada karaoke terbuka. Ini bagi sesiapa yang berasa mereka patut masuk AF tapi tak dapat, silalah nyanyi kat sini kalau nak. Setelah penat berjalan dan membeli itu dan ini dan macam2 lagi..kami pun mengucapkan "LETS GO!!". Ucapan itu antara kami2 saja la.. bukan pada suma orang. tak ke haru tetiba je suma orang ikut kitorg balik sebab kami tersalah cakap 'Lets Go' kat diorang. Huh.






LAST STOP: Dangan Bay (yes. Again)
Kami ke sini untuk makan kek yang kami beli tadi tu. Disamping itu dapatlah lihat ada pasangan disebelah kami ni bermanja2 sambil kami buat bising sampai mereka rimas dan beredar. Halnya, gadis itu sedang memicit jerawat boyfriend dia. Keadaan itu memang aneh dan sukar diramal. Setelah bertungkus lumus menghabiskan kek kami. Muzlifah tak habiskn bahagian dia. Keji. I know. Sedap tu. kami amik lagi gambar dan seterusnya balik. Kali ni betul2 balik.






ALL DONE: kami selamat sampai rumah. Alhamdulillah =DD dan terus tido. *busuk*



Kesimpulan:

*Lalu jalan dalam dari Batu Pahat ke Johor Bahru melalui Kulai dan lain2 lagi menjimatkan.
*Rupa2nya saya bukan Shalin Zulkifli. Saya juga bukan Robin Hood. atau jiran beliau.
*Air buah dan Chicken Chop terlalu mengenyangkan.
*Jangan pakai wedges kalau nak jalan banyak. *I know. Hurts like ####*
*Jangan picit jerawat pasangan anda dikhalayak ramai jika tidak mahu dianggap aneh dan mencurigakan.
*Muzlifah memang dari dulu tak makan kek sampai habis.




HappY birthday my OomPa LoOmpas. I love you crazy people =DD

Tuesday, March 16, 2010

HARI YANG TENANG, BAKSO YANG SEDAP SERTA JALAN KAMPUNG...???




Hari ini...hari Selasa...*duh~*


Okay halnya hari ini. kelas pagi saja. Sebab kelas lain batal.


Jadi hari ini saya (Sarah Safri), si arnab pervert (Lyn Adirah), blogger dahsyat (Nana), si obses internet (Yan) dan mama muda (Fatah) selaku budak2 Kejuruteraan Awam Alam Sekitar hanya menghadiri kelas Steel Sedign yang dikendalikan oleh Encik Fahmy je yang ada kuiz yang kejam. But that is a whole other story. Sebabnya, hari ini kami rasa seperti sangatlah bersenang lenang.




Pada waktu tengah hari, saya, Lyn, Muz dan Ain telah bermain UNO dimana Ain dan Muz adalah pemenang paling last sekali (dalam kata lain adalah yang kalah). Kami juga main SNAP, Old Maid, dan lagu satu game apa ntah yang dicipta oleh Muz (dia cipta tapi dia pun tak menang game tu). Dan pada waktu petang bila saya, Lyn, Nana, Yan, Ain, Muz dan Sha main UNO juga, peserta paling last menag juga merupakan Muz dan Ain lagi. Tahniah kepada mereka dan bakat mereka. haha. *Sarah Safri..sila jangan berlagak*




Menjelang lewat petang, kami serumah keluar dan pergi makan Bakso yang paling sedap didunia yang terletak di Parit Raja Darat. yang bertapak kat depan masjid.. memang 100% orang jawa punya. *huh. promosi2..nak mintak sikit royalti dari bibik bakso tu la klau mcm ni*




Bila balik. kami melalui jalan kampung yang nyaman dimana kami melalui kawasan kelapa sawit, pokok kelapa, parit2 dimana ada pakcik dan anaknya memancing. *Nana cuba amik gambar secara senyap, tapi Yan yang sedang memandu tu boleh pulak brenti betul2 belakang pakcik tu masa Nana nak amik gambar dia...Memang la kami akan dicop sebagai pervert kalau mcm ni. At least kalau buka semua. Nana la je kot yang pervert.haha..


Memang sangat nyaman.






Kesimpulan: Jagalah sungai kita. Bakso memang sedap kalau makan sorang2 pun. Awan memang berwarna biru walaupun kita pakai shades. =P


Walaupun keadaan nampak tenang, malam ni saya ada kelas sampai pukul 11 lebih. haha..




Monday, March 15, 2010

A Lazy Weekend




Pernahkah anda berasa seperti tidak mahu bangun tido? Berasa seperti macam nak tido sepanjang hari dan tak mahu sapa2 pun datang mengganggu? Atau pernahkah anda berasa seperti mahu menghabiskn seluruh hari anda dalam bilik, minum milo (dalam kes saya hnya air kosong saja) sambil membaca novel atau bermain game tanpa henti...?? Pernah tak? Mesti pernah kan kan kan...??

That was exactly what I did this weekend. =DD (menaip dgn muka berlagak. Pd hal bukannya apa pun sngt)

Pada cuti hujung minggu yang beru berlalu ini...saya telah menghabiskn seluruh hari sabtu saya membaca novel yang tebalnya lebih kurang 4cm dan berjaya menghabiskan bacaan saya dalam masa satu hari.. (^_^) *ceh. kalau suruh baca buku environmental engineering, seminggu pun tak habis2* Owh alangkah bahagianya rasa hati sebab dapat menghabiskan masa hujung minggu dengan merehatkan jiwa dan hati dari dibelenggu pelajaran pd hari2 biasa. *wktu hari biasa pun sbnrnya tak la menderita sangat. dasar drama queen~*

Pada waktu malam pulak saya menonton DVD sambil mkn keropok. Pastu tengok bola Chelsea v.s West Ham United. FYI Chelsea menang 4-1. Yay~ =D

Pada keesokkan harinya pula iaitu hari Ahad, saya telah bngun pd jam 6.30 untuk solat subuh serta pergi jumpa parents tercinta kat Air Hitam sekejap sebelum mereka bertolak ke Beijing.
Pastu balik ingat nak pergi panjat Bukit Soga bersama Lyn Adirah, tapi dia masih lagi tido. jadi saya pun tido la..hahaha.. *blah la lu sarah safri.huh.*

Pada waktu petang, barula ada sikit aktiviti bersosial iaitu pergi menonton perlawanan bola sepak Liga IPT antara UTHM dengan PJB. Saya, Nana dan Lyn Adirah telah pergi menonton untuk memberi sokongan padu kami pada pasukan UTHM yang tersayang. *ceh. pada hal nak check out hot dudes..mmg keji* Kami menang 2-0.
UTHM (jersey kuning) vs. PJB (jersey putih)
*kamu mmg kena beli camera yang canggih la sarah*

penonton yang berpura2 tekun

*gambar curik dari fesbuk Idan*


Observation: Bidi merupakan pemain favourite untuk dikenakan dari grandstand.haha..

Sejurus selepas itu, kami pun balik. Tapi singgah B.P Mall sekejap sebab nak beli Big Apple punya doughnuts. My personal favourite: Californian Almond. (jika di J.Co Doughnuts adalah Alcapone.) Kami dengan suar senam kami tiba2 saja pergi B.P Mall...Tapi tak apa. sebab rupa2nya masa kat sana, ada seorang lelaki ni pakai kain pelikat dengan sports shoes..Keadaan itu terus membuatkan kami rasa apa yang kami pakai tu sangatlah bergaya. Haha.

Okay. That's all for my uneventful weekend. Uneventful but full of content from me. *that is only what matters*

Kesimpulan: Jangan tarik baju sampai pemain lain jatuh. Jangan suka sepak bola ke arah air. Kalau jodoh tidak ke mana. Tak semestinya orang yang kita sayang dan cintai itu akan menjadi jodoh kita. Jangan pakai selipar getah pergi B.P Mall sebab licin. Ok. Sekian.

P/S - Congratulations UTHM Football Team *loves*. All the best untuk game seterusnya Ahad nanti. UTHM vs UiTM.

Saturday, March 13, 2010

An Uneventfull Day

Selamat Hari Jumaat/Sabtu...!!!

Seperti biasa...saya memblogging atas dasar tiada apa yang ingin dilakukan..*sebenarnya boleh tido sebab sngt mengantuk*
Akan tetapi saya nak cerita..bahawa saya baru saja pulang dari menonton wayang. *tadaa~*
Pada awalnya sangatlah excited sebab nak pergi tengok Alice In Wonderland...Kenapa saya mesti excited? Saya juga tidak tahu. BUT. Sesuatu kejadian yang horror telah berlaku dimana tiket untuk movie tersebut telah tinggal sikit. Walaupun lagi 1 jam baru cerita tu akn ditayangkan.*tak la gempak mana pun hal ni*. Bukan la tak ada seat lagi. tapi yang tinggal hanyalah seat baris depan dimana sesiapa yang duduk di situ akn mengalami masalah tengkuk yang kritikal sejurus selepas tamatnya movie. Dan seterusnya kena buat appointment dengan Nyonya Ungku Mohsin *beliau merupakan seorang nyonya yang berbakat dalam hal urut ni. Sekejap je dia buat.tak sampai 3 minit pun. Tapi 3 minit tu kena tahan la sakit. Adik saya pernah nangis*.

Apa2 pun..nak dijadikan cerita...kami, Team Tengok Wayang malam ni *ceh.mcm team CSI* yang terdiri daripada saya sendiri (Sarah Safri), blogger addict (Nana), internet addict (Rehan Rahayatul), si arnab pervert (Lyn Adirah), boyfriend arnab pervert (Hakim) dan si supir 5 kg (Adnin) telah terpaksa menonton cerita V3 Samseng Jalanan. Comment tentang cerita itu :

Boleh tahan.. tapi kenapa ending dia macam tu. Dia habis secara tiba2..macam sangat tak sabar nak habiskan cerita. Umpama macam kita tengah bercakap dengan kawan kita kat telefon, pastu ada kawan kita datang rumah, kita nak bukak pintu tapi kawan kita tengah cerita hal yang sangat penting, jadi kita cakap kat kawan kita "Eh Susi *siapakah Susi?*, aku ada hal sikit ni..Aku nak terberak sangat ni. Lagi pun bawang kat dapur tu dah habis. Mak aku nak goreng keropok tak boleh. nanti kita borak lagi. Ok? Bye." Kenyataannya adalah mana ada orang guna bawang bila nak goreng keropok. Juga tak payah la cakap nak berak la. Tapi sebab nak cakap apa saja supaya boleh tamatkan cerita dalam masa terdekat. Itu yang dilakukan. but overall. Ceritanya kelakar. Tapi kami ada masalah dengan ending cerita ni. Huh.

Okay sekian. Harap maklum.

Owh ya. pastu kami pergi mcD. dan balik.

Moral of the story: Jangan merempit. Sila jadi luar biasa. Jangan selalu tumpahkan air. Ingat orang yang tersayang.

Thursday, March 11, 2010

Marathon Rahsia di UTHM oleh Sarah Safri dan Nana

Please Go Green.


Okay...Let's Go..!!! *ceh..ntah apa apa je..lame~ sarah*



Baiklah...pertama sekali, saya nak mengucapkan selamat datang kepada diri saya sendiri ke blog ini sebab tak ada orang lain nak ucapkan selamat datang...

Keduanya pula, selamat datang kepada kamu semua...*finally~*

Pada malam ini iaitu pada jam 10.52 pm, setelah pulang dari menjawab test 'Waste Water Engineering' yang saya masih lagi tak pasti apa perasaan saya terhadap test itu sehingga sekarang, saya pun meng'on' laptop saya, post sesuatu kat facebook, pergi toilet, isi botol air dgn air *duh~* dan duduk depan laptop kembali sambil cuba type blog dan fikirkan apa topik yang mungkin best sambil cuba mendapat ilham dengan memakan my ever so favourite 'Vouchelle Almond in Dark Chocolate'. Muz ngan Lyn kata tak sedap dan buat muka geli. Tapi saya tak kisah...!! *emotional* Saya tetap akan suka juga. Sedap wey..You guys should definitely try it.



What happend this week is. A lot. I don't even know where to start. Macam2 telah berlaku. Memikirkan apa yang telah ebrlaku juga sudah cukup memenatkan keadaan sebenarnya. *pd hal mmg pemalas dia ni.jgn nak salahkan keadaan la sarah safri. it's not nice*



Contohnya. semalam. Saya telah bngun pada jam 8 pagi dan pergi ke kampus. balik kul 10.20 dan mendapati saya sangat mengantuk. Mengapa? Saya tak tahu. *sbnrya kuat tido*. Selepas itu, pada jam 11 lebih *not sure berapa lebihnya tu*, saya dan Nana pergi ke Lab Alam Sekitar untuk melakukan ujikaji BOD (biological Oxygen Demand) terhadap sampel air sungai kami. (ini merupakan salah satu kerja untuk Projek Sarjana Muda saya). Sampai saja kat lab, "Wah. Ramainya orang...". Rupa2nya ada kelas. Dan serentak itu juga Nor lalu dan cakap "Hai!!" dengan sangat super-cerianya. Dalam hatiku, "Eh. Apakah? Apa Nor buat kat lab ni". Dan baru saya sedar bahawa itu adalah kelas dia yang tengah buat lab..haha..*pening je lebih*. Disebabkan keadaan adalah sempit, saya dan Nana mengambil keputusan untuk kuarkan sample dulu dan lepastu berjalan jauh ke fakulti. Kami memang rajin berjalan. Go Green!! *pd hal tak nak kena alih kereta dan hilang parking spot yang susah nak dapat kat universiti ni. Macam tahap menunggu bag Marc Jacobs tau tak*. Setelah berurusan di Fakulti Kejuruteraan Awam, dan juga di Unit Latihan Industri, kami kembali ke Lab Alam Sekitar dalam keadaan berpeluh2 dan berat badan yang dah kurang 2kg dari asal sbb berrjalan jauh dan mendapati lab masih lagi dipenuhi orang. maka saya dan Nana membuat keputusan untuk pergi semula ke Fakulti dan Unit L.I dan teruskan urusan lagi. *mmg dahsyat*. Setelah berurusan dan akhirnya dapat juga settlekan test2 untuk PSM kami..Kami terus ke Aked (tpt makan minum) dan ke Masjid sebab lepas tu kami akan terus ke taklimat untuk pelajar yang mahu/akan sambung Master pada sem hadapan. Semasa dekat dgn surau, Nana telah menumpahkan air limau ais kat suar dia. Keadaan menjadi kelam kabut dan sangat cemas sebab Nana nampak seperti dia dah terkencing dalam suar walaupun sudah berumur 23 tahun. Isk. Penghujungnya adalah, kami ke taklimat dan balik. The End. Haha. Memang boring. Pastu balik. Tengok tv jap. (di situ juga ada isu ye. Saya dan Lyn musykil terhadap Mak Zah). Malam adalah masa untuk study untuk test tadi.



Kesimpulan cerita: Berhati2 bila minum limau ais.

Friday, March 5, 2010

A Stinky Day =]]
















Asslamualikum everybody...or you..just you...okay whatever.

It just turned 1 a.m...i'm really tired and sleepy.but is not sleeping. Why? I have no idea. Maybe it's the stuborness. Eventhough tommorow I will be spending my whole day doing lab work. *sarah safri you should really get some sleep.and stop talking to yourself*
Anyhow...just wanted to write a post on my day today. A hectic day I might add.
So my day went on like this.


7.03 am : Woke up. First thought came to mind: "alahai..dah lambat. Adoi.tak bngun solat Subuh"

7.15 a.m : still waiting around for the bathroom. *sambil frantically brushing my teeth*

7.23 a.m : Called Farhan and tried calling Epul to make sure they were awake. (note: tak call Mohd Afiq sebab yakin dia dah bangun)

7.50 a.m : Panaskan enjin kereta and running around looking for stuff and 'baju bengkel'.

8.01 a.m: (note: I was 11 minutes late) Is parked in front of the boys' house and ready to go. Landfill Here We Come ~ *sewel moment*

9.00 a.m : Very punctual and very good timing. Reached Majlis Daerah Simpang Renggam. Met up with Encik Hamadi who briefed us about the landfill and the works.

10.30 a.m : Done with landfill and MDSR. And also had enough of waste and vows to try to minimise the waste I produce from now on. (Did you know? The highest peak of the mountain of waste there was 81 meters high. Wow.)

11.30 a.m: Reached Parit Raja. Slept all the way from Simpang Renggam. (note: Mohd Afiq was driving because Farhan was to sleepy to do so). Had lunch at Pojok (one of our favourite) and had the unusual chicken (usually will have ikan keli), rice, begedil and veggies.

12.15 noon : Is at home debating whether should take shower or sleep first. Choose the latter *i know. gross right*. Fell asleep after reading 3 pages of 'The Family Way' by Tony Parsons.

1.14 p.m : Woke up. Realised that myself was probably the stinkiest person in Pt Raja. Took Shower. Solat. Dressed for Prof Rashid's class. *snore*.

2.05 p.m : Is in Prof Rashid's class. *snore. Okay sarah stop saying that. Not very nice. Sorry Prof*

4.07 p.m : Headed for Dr. Zulfa's class.


4.08 p.m : Bought a Cornetto in the cafeteria. (eventhough was totally late for class but culdnt resist) Ate it outside classroom.

6.00 p.m : Class dismissed. *wah.abis awal.*

8.00 p.m : Headed off to town with the girls in hope to get my phone fixed. (note: everyone went with hungry faces)


9.13 p.m : My phone is semi-fixed. Not the same anymore. Everyone still hungry. Headed off to B.P Mall in hope to have dinner. Restaurants mostly out of food. (Hungry face turned into angry face for no reason)


9.39 p.m : Finally food inflow. After decideing to eat at a rather popular stall which has no name. *yeah.really.i'm serious.* Had Tom Yam Ayam. Cost me rm3.50. *hmm..that was cheap* (smile).


10.30 p.m : Home. Here we come. (everyone in car with full faces. Me: moody. Why? No idea. Maybe tired. Also no idea)

11.00 p.m : Plays computer game. A detective game. (in hope of one day becoming a member of CSI Miami)

1.01 a.m: Is blogging away.

1.32 a.m : Almost done.

Summary: It has been a freakin tiring day. I feel old. *you are old Sarah Safri* Have some pictures from the landfill. Taken by Hakim (note: Hakim is Lyn's wierd boyfriend.haha.)










Wednesday, March 3, 2010

Petang Yang Dahsyat

Ini jam 4.23 petang...baru je balik dari kampus. Tadi pergi library Sha dan Muz yang hantar. Kenapa saya tidak memandu kereta sendiri? Ini kerana saya nak jimat petrol serta nak meyelamatkan alam sekitar *ceh..sebenarnya malas nak cari parking. Dah la tengah hari tadi beli nasi bungkus menggunakan polisterin.Porah sarah~* Walaubagaimanapun, berbalik kepada hal tadi, Muz dan Sha berjanji nak pergi lab selama 30 minit je. Jadi nanti diorang akan datang balik untuk mengambil diriku ini cepat2..HUh. Rupa-rupanya mereka muncul 50 minit kemudian *Sha dengan kaki cedera yang dia kata "Sarah, kaki aku hempap konkrit"..* Adakah ini bermaksud konkrit itu tercedera akibat diempap oleh kaki Sha...*saya telah mengabaikan statement tadi* dan berkata "Ok." *ye..saya memang berjiwa sensitip*.

Moral of the story untuk post kali ini adalah jangan post apa-apa diwaktu petang yang membosankan...Sebab ia akan menghasilkan satu post yang juga membosankan dan tidak memberangsangkan seperti ini. Okey.. Sekarang saya dah dapat idea nak iaitu nak main game detektif *sbnrnya adalah alternatif sebab tak dapat jadi ahli CSI Miami*.

Situasi rumah sebelum log out: Lyn sedang membaca novel yang rupanya seperti tesis. Nana sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk tido. Muz: tengah cuba memaksa sesiapa saja yang berminat untuk melipat baju2 yang dia baru angkat dari ampaian *setakat ini.tak berjaya pun lagi*. Sha tengah baring mengenangkan kakinya yang cedera. Ain tengah tido semenjak kul 2 lagi tadi. Fatah: unknown.Ini kerana beliau sedang buat experiment kat lab. Yan: berada dilaptop saya melakukan sesuatu yang saya tak tahu apa. Si Jelita (saya) : sedang menaip dilaptop Lyn.

Okey. Sekian Terima kasih.