Good morning everybody =DD Aih...nampaknya hari ni bangun saja pas solat subuh terus x boleh tido semula...kenapa? saya tak tahu...*huh..sejak kebelakangan ni asik2 je cakap tak tahu...malas nak jawab la tu* Ini baru pukul 7.30 pagi...sila cuba telefon saya lagi 30 minit dan tengok sama ada saya masih lagi ‘up and about’ atau sedah nek sampan pergi London untuk berjumpa chenta hati saya dalam mimpi...*hahaha...harapan je la Sarah*
Okey..sehubungan dengan itu saya akan menulis serba sedikit *sedikit ke~* tentang apa yang telah berlaku setakat dua ke tiga hari ini...(sbnrnya Cuma nak cerita tentang test malam tadi saja)...
Begini halnya...malam tadi kami yang mengambil subjek BFC4023 Rekabentuk Bekalan Air telah menjalani Test 1 yang telah diadakan secara tiba-tiba...(bukan tiba-tiba yang membawa maksud tadi tengah berjalan2..tetapi lima minit kemudian sudah duduk..itu tiba2 yang lain...ini tiba-tiba yang membawa maksud ‘last minute’ ye...) Akan tetapi, ia adalah ‘open-book’ test (nasib baik open book...kalau tak..melopong je la semua orang dlm dewan tu sbb sgt rumit)..anyhow... disebabkan ia adalah open-book test maka dengan itu majority student dengan biadapnya boleh tido sepanjang petang tanpa study ldan boleh sebaik sahaja bangun tido pergi ke pasar malam dan hoye hoye kat sana...hish...mcm mana la nak cemerlang macam ni...*sarah..awak kena berubah ok..oh ok..baiklah..saya akan berubah* (bermonolog dengan diri sendiri...mmg suka buat mcm ni).
Prof Rashid juga macam sangat memeningkan situsasinya...apa itu ada orang kata...senoneng...apa-apa je la...*sarah..sila jangan merepek*
Juga berlaku hal seperti kematian atuk kepada rakan kelas kami iaitu Mohd Farhan...takziah kepada keluarga beliau...Semoga roh datuknya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan disisi orang-orang yang beriman...al-Fatihah...
Baiklah..sekarang dah pukul 8 lebih dah ni *siap malas nak cakap pukul berapa tp menaip benda-benada lain boleh je* jadi saya nak bersiap-siap untuk kelas kul 10 nanti...saya memang kena siap awal *ceh...porah...pada hal nak tido kot*. Jadi sehingga lain waktu...lagi pun saya ada banyak perkara nak ceritakan..tak tulis lagi pasal trip pergi Genting last week dan juga Family Day kat Port Dickson hari tu...sebab kedua-duanya memang syok...haha...
Toodles~
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment