Saturday, September 12, 2009

Bulan Penuh Keinsafan




Assalamualaikum =D

Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa =] *ye..aku akui bahawa dah nak dekat raya ni baru sibuk nak ucap selamat berpuasa..tapi..whatever*
Anyhow..dibulan yang mulia ini..dan pada hari Sabtu 12 september 2009 kul 1.24 ni..tiba2 je rasa macam nak je mem'blog'kan hal2 yang berserabut dalam kepala ni..*wah bunyi macam national emergency je..pd hal..*
Apa yang membimbangkan diriku yang aneh ini adalh 'kenapa saya tidak teruja untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini..?' Berlainan dari tahun2 sebelum ini..aku la hemo sapian yang paling sibuk nak raya..rasa macam nak terus raya je la esoknya walaupun sedar yang masa tu baru je puasa ke-4..huhu..jadi fenomena pada tahun ini agak mencurigakan la..tapi.. bila difikirkan semula..aku sendiri dah tahu kenapa (kejap lagi baru cerita kenapa)..tapi..sebab itu bukan lah penyumbang sepenuhnya kot..
Tapi yang penting..untuk Ramadhan kali ini..aku amatlah menghayatinya berbanding2 dengan tahun2 sebelum ini dimana yang aku paling 'look forward to' adalah 'nak berbuka apa'..nak 'visit' bazar mana la.. Tahun ini aku lebih menghayati Ramadhan mungkin kerana kadang2 sejak kebelakangan ini terasa diri ini dekat saja dengan Allah s.wt.. Untuk tidak berasa statement aku ni amat 'out of no where'..biar aku terangkn cerita yang lagi la 'out of nowhere' tapi bila diketahui..akan mengakibatkan semuanya mudah difahami..*hei..kelirunya ayat ni*

Jadi halnya begini..pada 30 May 2009 hari tu...aku dan mak dan ayah dan adik dan adik lagi satu dan abangku (pendek cerita satu family la sebenarnya) telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.. Masa hari kejadian..I still don't get it la sebenarnya..kira macam masih lagi blur2 dan hati tak suci lagi atau pendek ceritanya adalah belum algi penuh dengan keinsafan. Nak dijadikan cerita, setelah 8 jam lebih bertapa kat dlm Saudi Air *btw air hostess dia agak LAIN..i mean LAIN la..* kami pun alhamdulillah sampai ke Madinah al-Munawarah dimana kami tinggal di Hotel Durrat Feyroz *something like that la ejaannya*. Kami sampai petang..maka solat pertama yang aku dapat tunaikan disana adalh solat Maghrib di Masjid Nabawi..Masjid tersebut dekat je dengan hotel kitorg jadi macam 2 minit sebelum azan pun boleh je start jalan kaki gi sana..Anyway, pertama kali tgk Masjid Nabawi adalah pada waktu maghrib dimana awan dah gelap dan lampu2 masjid dah dipasang justeru membuatkan aku yang kononnya 'cool' ni boleh terpana *wah* semasa melihat Masjid Nabawi diwaktu malam. Dalam hati time tu inagat dah datang la insaf tahap tinggi..Banyak pengalaman kat Masjid Nabawi..tapi lets not head there..sebab yang sebenarnya yang nak dikatakan adalh semasa buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Haram selepas melalui pintu Babus Salam *saya tak reti eja la*..aku melihat Kaabah untuk pertama kali..dan waktu itu la aku mula rasa sangat2 insaf..biarpun tak mengalirkan air mata *kdg2 org expect kita bwt mcm tu*, tapi masa tu rasa sangat diri ini disayangi Allah s.w.t...bukan nak kata sebelum ni aku terasa yang hidup aku ni tak adil dan asik2 je malang ke apa..x pernah pun rasa macam tu sebelum tu..tapi untuk waktu itu..rasa macam terlalu bertuah..rasa aman sangat2..sampai tak tahu apa je yang aku dah buat baik sangant sampai diberi peluang menjadi tetamuNya..*bila fikir mcm ni..ni yg rasa nak nangis ni..* Jadi untuk 8 hari aku berada di Mekah..aku adalh orang yang sangat lain dari yang aku kenali..aku yang dulunya liatnya nak solat cepat2,stok tngu nk abis waktu bru nak solat pny jenis tu..kat Mekah, setiap waktu solat pun aku akan berjemaah menghadap Kaabah.. Aku yang dulunya seminggu sekali je mengaji *tu pun berapa muka surat je*..setiap kali lepas solat akan nak mengaji..waktu ada kat sana..tak ada rasa takut pun dengan apa2 kecuali denganNya.. tak kisah pun jalan sorang2 mlm2 ke..rasa selamat je..*pd hal kt sini..mak ai~ nak kunci pagar rumah pun sibuk nak berteman*..jadi conclusionnya adalah..semenjak 3 Jun 2009 (hari sampai ke Mekah)..aku adalah orang yang luarnya sama je..tapi..dalam..sangat berbeza..yang tahu apa yang berlaku kat sana..cuma aku dan Allah s.w.t..aku yang selama ini cuma beribadat setakat yang wajib saja..dengan perangai yang mmg teruk *skrg ni mcm dlu jgk la..tapi dh kurang skit..* diberi peluang yang aku rasa macam tak layak terima pun..tapi diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah, beribadat di rumahNya...menjadikan aku sangat sayu..Allah Maha Pemurah, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Masa nak balik tu *lepas tawaf wida' i.e tawaf terakhir utk ucap slmt jalan..wajib bagi semua umat yang nak tinggalkn mekah melebihi 90km*..aku berdoa kepada Tuhan agar aku diberi lagi peluang untuk menjadi tetamuNya lagi..*time tu aku nangis..huhu (blush as i admit)*

Jadi..habis cerita ttg itu..berbalik kepada hal urusan aku dan 'zero feelings' terhadap nak raya ni..Aku tahu kenapa aku tak teruja adalh sebab aku dah terasa Ramadhan lagi best kot.. dan juga sebab..pada tahun ini..awal bulan (march/april) yang dah berlalu hari tu..Pak Ngah aku telah kembali untuk menghadapNya..meninggalkan isteri, anak2 serta cucu2 yang sangat menyayangi arwah..Dan pada bulan lepas..Pak Tam (abang ipar kepada bondaku) telah kembali ke rahmatullah..unexpected..baru je 2 hari sebelum tu jumpa arwah..bergurau lagi..tak sangka.. dan yang paling buat aku rasa sedih sebab banyak kali je aku nak pergi melawat Pak Ngah dan Pak Tam..tapi tu la..asik2 je tangguh..
Jadi..untuk Aidilfitri yang bakal menjelang ini..keluarga kami akan terasa kehilangan dua ahli keluarga yang kami hormati dan sayangi..semoga roh2 arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment