Assalamualaikum dan selamat pagi semua =DD *ceh...ini pukul 2 pagi..tp kenapa sangat ceria?*
Pada pagi ini...saya nak mem'post' sesuatu email yang saya dapat dari sesorang yang saya tak kenali...Excuse me, sebelum saya meneruskan dengan hal ni...ini bukan surat layang okay...*mmg agak dah.mesti ada yang fikir ni surat layang*
Anyhow, serba sedikit tentang isu email ni, saya selalu menerima email dari insan ini. Dari mana beliau mendapat email address saya, saya juga tak tahu. Adakah saya sebenarnya dalam diam telah menjadi artis popular??? *mmg tak lojik...sarah safri sila jangan perasan lagi*
Aih~ jangan mengarut lagi...berbalik kepada topik asal. Saya seringkali mendapat email dari insan ini. Email2 yang dihantar adalah sangat berguna dalam kehidupan harian saya sebagai seorang pelajar universiti yang mudah keliru dengan kehidupan ini. Emailnya ada yang berunsurkan keagamaan, ada juga yang 'funny2' punya dan juga yang berbentuk information. Jadi, berdasarkan mood 'single' saya yang ceria tahap aneh pada pagi ini, saya pun nak la share satu email beliau dengan anda2 semua... =DD
Tajuk: Dimanakah Jodoh??
"Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlakutetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.Suatu petang ketika hujung minggu, saya bersama isteri dan anak saudara (cucusulung daripada 30 orang cucu mak) berbual-bual di rumah saya tentang jodoh.Anak saudara, gadis berumur 26 tahun, masih bujang dan bekerja sebagai juruterarangkaian dengan sebuah syarikat telekomunikasi besar di Malaysia.Jodoh, tidak dapat dinafikan merupakan persoalan besar di dalam kehidupan hari inisehingga ia sudah dianggap masalah hidup terhadap ramai individu. Ramai yangterus berdepan dengan ketentuan Ilahi yang masih belum menemukan ramaihambaNya yang masih belum bertemu dengan jodoh.Saya dan isteri mempunyai ramai kawan yang masih belum bertemu dengan jodoh.Anak saudara saya juga berhadapan dengan persoalan ini.Pada petang itu, beliau meminta pendapat daripada saya (pakcu) dan isteri saya(makcu) tentang mencari jodoh. Dengan kerja yang baik, kemahiran memasak tidakperlu dipertikaikan lagi (ditugaskan memasak jika datang ke rumah saya), rupa yangcantik, baik dengan semua mak dan bapa saudara dan beberapa ciri-ciri lain telahmenjadi persoalan besar mengapa beliau belum bertemu dengan mana-mana lelaki.Jawapan yang saya beri sudah pasti kembali kepada Allah SWT. Sudah pastijawapan yang keluar daripada mulut saya tidak hanya teori semata-mata. Pasti ada‘how to’.Saudara/i yang masih bujang,Sememangnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah, hatta segala ketentuan danperancanaan ditentukan oleh Allah SWT. Dalam soal bertemu jodoh, mencari jodohdan yang berkaitan dengannya, kita seharusnya bertanya kepada Allah SWT.Kebanyakan daripada mereka yang belum bertemu dengan jodoh, mereka seringbertanya pada Allah hanyalah sekadar “MENGAPA AKU BELUM BERTEMUDENGAN JODOH?“. Soalan “MENGAPA” sebenarnya satu soalan biadap terhadapAllah SWT. Kita seolah-olah mendesak Allah ingin mengetahui mengapa Allahmelakukan perancangan “tidak menemukan kita jodoh” dan perancanaan inidiberikan kepada kita.Di dalam Islamic NLP yang banyak membicarakan kefahaman kerohanian (spiritual)berlandaskan agama islam tulen dan kaitannya dengan jiwa, fikiran dan kehidupanmanusia telah MENGHARAMKAN soalan “MENGAPA” kepada mereka yangmempunyai masalah.Soalan “MENGAPA” membawa erti kepada desakan untuk diberikan jawapanberbentuk sebab sesuatu itu tidak berlaku dan sudah pasti ia sesuatu yang “AMATBIADAP” apabila kita bertanyakan Allah dengan soalan “MENGAPA”. Segala yangberlaku adalah kehendak Allah dengan perancanganNya.Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku tetapi tanyalahpada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.Bagaimanakah soalan yang terbaik?Di dalam komunikasi dengan Allah untuk membicarakan hal jodoh, tanyalah Allahtuntutan-tuntuan atau jalan-jalan untuk memperolehi jodoh yang bukan sekadarmemiliki jodoh tetapi memiliki jodoh yang terbaik di sisi Allah.Tanyalah pada Allah jalan-jalan yang perlu dilakukan untuk ditemukan dengan jodohpilihan Allah SWT. Mohonlah pada Allah memberikan gerakan rasa yang kuat untukmelakukan tuntutun-tuntutan ke arah memiliki jodoh yang terbaik.Jalan-jalan dan tuntutan-tuntutan inilah yang perlu diketahui kerana pasti setiap apayang kita inginkan, kita perlu melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh AllahSWT. Samada jalan itu makin mendekatkan kita dengan apa yang kita inginkan atausemakin jauh ia bergantung kepada pilihan jalan yang kita pilih (pilihan qada’ Allah).Maka tanyalah Allah jalan yang terbaik agar kita semakin hari semakin dekat danakhirnya memiliki sesuatu yang kita inginkan.Sebagai contoh, mungkin Allah mengkehendaki kita menambahkan lagi sedekahyang biasa kita berikan. Mungkin juga sehingga Allah mengkehendaki kitamenunaikan haji atau umrah. Mungkin Allah belum menerima taubat kita. MungkinAllah perlukan kita menambah ibadah lebih banyak. Mungkin kita mempunyaibanyak keburukan yang pernah kita lakukan. Mungkin ada orang yang belummemaafkan kejahatan yang pernah kita lakukan. Mungkin kita perlu menukarpenampilan kepada yang lebih sopan. Perlu membuang sikap-sikap buruk yang kitatidak sedari selama ini dan sebagainya.Pelbagai kemungkinan yang tidak mampu saya senaraikan di sini. Daripada saudaramemeningkan kepala memikirkan apakah kemungkinan-kemungkinannya, adalahlebih bik bertanya Allah untuk mengetahui jalan yang mana yang perlu kita laluiuntuk memiliki jodoh yang terbaik. Apabila kita mengetahui jalan-jalannya dantuntutun-tuntutan Allah, maka mudahlah kita untuk melaluinya, menyelesaikanmasalah jika ada dan sebagainya.Setiap manusia mempunyai ketentuan-ketentuan yang telah direncanakan olehAllah. Sememangnya jalan-jalan dan ketentuan yang direncanakan oleh Allah tidaksama untuk setiap manusia. Seharusnya kita redha, pasrah dan berserah pada Allahtetapi ingat!!, redha, pasrah dan berserah bukanlah sesuatu yang pasif. Ia AKTIF.Komunikasi dengan Allah untuk mengetahui jalan-jalan yang perlu dilalui.Jauhi tuduhan-tuduhan melulu kepada mana-mana individu dengan mengatakanmereka penyebab kita tidak memiliki jodoh. Jauhi prasangka buruk kepada sesiapasahaja. Jauhi perkara-perkara yang memeningkan kepala untuk kita fikirkan tentangsebab musabab tidak bertemu jodoh ini.Mulai saat ini, mohonlah pada Allah dengan penuh rendah diri untuk mengetahuijalan-jalan dan tuntutan-tuntutan yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita di dalamhal memiliki jodoh.“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasihsayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang MahaMenyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hambayang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yangmemerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukankeluarga.Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalamkemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon inimerupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah,terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, makaaku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik disisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku yaAllah.Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba yaAllah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untukaku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutuntuntutanMuyang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhanyang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilahaku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapatmemberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkaidan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.Terima kasih Allah, terima kasih. Amin. "
Tuesday, February 23, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Kisah Seorang Makcik dan Cuti Semester Beliau.
Selamat pagi semua =DD *ini jam 12.26 am*..dan ini adalah hari ke-5 holiday saya dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia *eh..penatnya type panjang2*..anyhow..setakat ini percutian berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa yang menakjubkan atau yang menggerunkan berlaku. Saya pula semakin gelap akibat swimming je memanjang *ini akibat bosan* dan juga cubaan untuk mengajar nephew saya Naqib untuk float dalam air nampaknya tak juga berjaya...*beliau trauma sebab terlalu sejuk smpai demam..aih~*
Esok saya akan cuba hentikan hal ni semua...saya akan jogging la esok pagi kat Istana Garden sebab kena jadi supir yang tugasnya menghantar adik ke sekolah untuk latihan kawad kaki *kenpa kena buat waktu pagi2 ha..??saya perlukan tido..* Untuk pengetahuan umum...Istana Garden terletak 3 minit dari Convent J.B (sekolah adik saya...iaitu sekolah saya dahulu kala dan juga sekolah Iza iaitu adik saya yang aneh yang lagi sorang tu)..berbalik kepada hal tadi..Istana Garden merupakan tempat favourite untuk jogging sebab ianya nyaman dan juga tempatnya sangat sesuai sebab ada la jugak bukit yang boleh dijadikan cabaran...best la jugak...kalau tak percaya tanya la Mohamad Afiq dan Rehan Rahayatul (mereka adalah kawan baik saya =DD) sebab kami pernah ke sana bertiga dan amik2 gambar...Istana Garden terletak bersebelahan dengan Zoo Johor *aih~ aku ni ada bakat untuk tulis pamplet mempromosikan negeri Johor la~ (sarah safri sila jangan perasan..okay enough*. Disebabkan ia terletak sebelah dengan zoo..maka masa tengah2 jogging dan tengah cuba fokus pada mengawal pernafasan dan juga cuba control supaya nampak cantik sebab ada hot guy tengah jogging datang dari bertentangan arah (ini semua impposible sebab peluh berjurai2 dan muka macam orang tak tentu arah)..seseorang itu boleh mendengar jeritan monyet2 dan kadang kala "rrrooarrr" dari beruang dalam zoo tersebut yang boleh menyebabkan seorang yang tengah fokus itu terkejut yang teramat lalu nak terjatuh dan hilang bearing (sangat malang sebab hot guy ada dalam kawasan dan ternampak kejadian tersebut...tak perlu sebut nama)...jadi macam2 boleh berlaku...di sini juga ada rumah Jepun dan juga ada bukit yang dimana kadang2 ada pasangan yang dating *huh..sibuk je..pergi la dating tempat lain* dan bukit tersebut overlooking Pantai Lido dan Singapore. Wah...ini memang betul2 promosi..maka datang lah beramai2 kamu semua dan ajak la kawan2 dan ahli keluarga supaya jogging disini. Nanti esok saya amik gambar dan post okay...
Okay la..mahu tidur..I have to get up early again...but this time to be the designated driver...
Happy day everybody =DD
*krooh kroh kroh...zzzzz*

Subscribe to:
Posts (Atom)